LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: WEBINAR 4 (RANCANGAN PERNIAGAAN)

TUJUAN:
-Rancangan perniagaan adalah untuk menyediakan panduan yang jelas dan terperinci tentang bagaimana sesebuah perniagaan akan dijalankan, diurus, dan berkembang.
AKTIVITI:
-Menjemput penceramah pakar untuk berkongsi pandangan dalam bidang tertentu.
-Soal jawab langsung dengan peserta untuk meningkatkan interaksi.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: PENGENALAN SMART SERVICES

TUJUAN:
-Untuk memperkasakan komuniti dengan memberi sokongan dalam bidang perniagaan, pendidikan berterusan, kesihatan, dan pemahaman mengenai program kerajaan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu penting, dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka secara menyeluruh.
AKTIVITI:
– Menerangkan apa kebaikan smart services kepada komuniti.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: WEBINAR 5 (E-INVOICE & PEMATUHAN PEMASARAN)

TUJUAN:
-Bertujuan untuk memperkenalkan langkah-langkah untuk mematuhi undang-undang dan peraturan dalam menjalankan aktiviti pemasaran, terutamanya dalam dunia digital yang semakin berkembang.
AKTIVITI:
-Pengenalan kepada sistem e-Invoice dan fungsinya dalam perniagaan.
-Ruang untuk peserta bertanya soalan tentang penggunaan e-Invoice.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI

TUJUAN:
-Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar, guru, dan ibu bapa kepada penggunaan teknologi digital yang inovatif dalam pembelajaran dan pengurusan sekolah. Program ini bertujuan meningkatkan literasi digital dalam kalangan pelajar, memupuk kemahiran seperti kreativiti, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah melalui penggunaan teknologi pintar.
AKTIVITI:
-Pengenalan Perkhidmatan Nadi.
-Pendaftaran Ahli.
-Saringan Kesihatan.
-Mewarna dan memperkenalkan game AR (AUGMENTED REALITY)
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: KELAS “EDISI KRAFTANGAN KRISMAS”

TUJUAN:
-Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran, meningkatkan daya imaginasi, dan membina keyakinan melalui hasil kerja tangan.Program ini juga direka untuk memupuk nilai kerjasama, kesabaran, dan rasa penghargaan terhadap usaha mereka.
AKTIVITI:
-Mencipta Pokok Krismas DIY menggunakan kertas.
-Mencipta Snowman DIY.
-Sesi penyampaian hasil kerja dan hadiah.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: NADI X ESPORT (ESPORT PODCAST KELAS KESEDARAN)

TUJUAN:
-Membantu pelajar untuk memahami industri e-sukan, peluang kerjaya, dan budaya komuniti pemain. Selain itu, Menyediakan platform untuk peminat dan pemain berkongsi pandangan, pengalaman, serta berhubung dengan individu yang mempunyai minat yang sama.
AKTIVITI:
-Berkongsi tips strategi, panduan pemula, atau tutorial untuk permainan popular seperti Mobile Legends. Dan beri ruang kepada pemain untuk berkongsi cerita mereka dan mendapatkan perhatian.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: NADI MAHIR KELAS 1 (MAHIR MASAK)

TUJUAN:
-Ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada seni kulinari dan kemahiran asas memasak. Program ini juga direka khas untuk pelbagai peringkat umur, dari pemula hingga mereka yang ingin memperbaiki kemahiran sedia ada.
AKTIVITI:
-Cara menggunakan sistem online.
-Pengenalan mahir masak.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: PROGRAM SAFE & SHIELD DI SK SIOL KANAN, PETRAJAYA KUCHING

TUJUAN:
-Meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian khususnya kepada pelajar sekolah.Program ini menekankan pentingnya melindungi diri daripada ancaman siber seperti buli siber, penipuan/scam, dan pengantunan siber.Ia juga menggalakkan penggunaan internet dengan bijak dan bertanggungjawab.
AKTIVITI:
-Pengenalan NADI dan Perkhidmatan Pintar
-Taklimat Safe & Shield (Buli Siber & Grooming Siber)
-Kuiz Spontan – Menjawab soalan dengan pantas
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: MAHIR KELAS 2 (MAHIR MASAK)

TUJUAN:
-Ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada seni kulinari dan kemahiran asas memasak. Program ini juga direka khas untuk pelbagai peringkat umur, dari pemula hingga mereka yang ingin memperbaiki kemahiran sedia ada.
AKTIVITI:
-Kelas Online.
-Pengenalan tentang mocktail.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024: PROGRAM MINI HARI BERSAMA KOMUNITI NADI BATU KAWAH

TUJUAN:
-Untuk memperkenalkan perkhidmatan yang NADI sediakan untuk komuniti, Mengeratkan hubungan dalam komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesejahteraan bersama.
AKTIVITI:
-Pendaftaran Ahli.
-Saringan Kesihatan.
-Pertandingan Mewarna.
-Taklimat Perkhidmatan Pintar Nadi.
-Kuiz Perkhidmatan Pintar Nadi.
-Cabutan Bertuah.
-Penyampaian Hadiah.