LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : KELAS ICT BERSAMA KOMUNITI MADANI MINGGU 2

TUJUAN:
- Memberi pendedahan ilmu dan kemahiran baharu kepada komuniti setempat. Selain itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli komuniti melalui pembelajaran bersama.
AKTIVITI:
- Ceramah cara menangani tekanan darah tinggi atau rendah, paras gula dalam darah dan bacaan bmi.
- Pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah tinggi atau rendah dan bcaan bmi.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : PERTANDINGAN ESPORT MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT SARAWAK (SARINGAN ANTARA NADI)

TUJUAN:
- Meningkatkan penglibatan komuniti dalam bidang e-sukan yang kian berkembang di peringkat tempatan dan antarabangsa.Memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan melalui permainan berpasukan.Menyediakan asas latihan dan pendedahan awal kepada peserta yang berpotensi untuk mewakili NADI dalam pertandingan akan datang.
AKTIVITI:
- Pertandingan B01 (BEST OF 1) antara 2 pasukan .
- 1 pasukan dipilih untuk mewakili nadi.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : LIVE CLASS DILEA SUBJEK MATEMATIK TINGKATAN 4 2025

TUJUAN:
- Membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui pendekatan logik dan sistematik.Memperkukuh konsep matematik seperti algebra, geometri, statistik dan trigonometri. Selain itu Menggalakkan pemikiran kritis dan analitik dalam membuat keputusan.
AKTIVITI:
- Peserta mendapat bimbingan daripada Guru dalam menyelesaikan latihan Bab 1: Fungsi dan Persamaan Kuadratik Dalam Satu Pemboleh Ubah.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : LIVE CLASS DILEA SUBJEK BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 2025

TUJUAN:
- Tujuan subjek Bahasa Melayu Tingkatan 4 adalah untuk melahirkan pelajar yang fasih dan mahir dalam berkomunikasi secara lisan dan tulisan, serta mampu berfikir secara kritis dan kreatif melalui pelbagai jenis teks. Pelajar juga dididik untuk menghayati nilai murni dan budaya melalui penggunaan bahasa yang betul, santun dan berkesan.
AKTIVITI:
- Meningkatkan kecekapan berbahasa dalam aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui pelbagai jenis teks.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : KELAS ICT (PENGENALAN KEPADA APA ITU CANVA)

TUJUAN:
- Tujuan pengenalan Canva adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan platform Canva sebagai alat reka bentuk grafik yang mudah, kreatif dan mesra pengguna. Melalui sesi ini, peserta dapat mempelajari cara menghasilkan bahan visual seperti poster, slaid pembentangan, kad jemputan dan kandungan media sosial dengan lebih menarik dan profesional tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.
AKTIVITI:
- Pengenalan kepada antara muka Canva dan fungsi asas.
- Peserta membuat akaun.
- Demonstrasi cara mencipta reka bentuk poster.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : INISIATIF KERAJAAN PERMOHONAN SCHB (SENIOR CITIZEN HEALTH BENEFITS)

TUJUAN:
- Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan warga emas melalui pendedahan kepada amalan gaya hidup sihat, saringan kesihatan awal, dan maklumat kesihatan yang relevan. Program ini juga bertujuan untuk memberi sokongan fizikal dan emosi kepada warga emas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih aktif, sejahtera dan berdikari dalam komuniti.
AKTIVITI:
- Menyemak kelayakan contohnya seperti nombor kad pengenalan berstatus “K” warganegara Malaysia.
- -Membuat permohonan secara dalam talian melalui sarawak id
- -Pemohon yang layak akan dihubungi dalam masa terdekat.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : LIVE CLASS DILEA SUBJEK SEJARAH TINGKATAN 4 2025

TUJUAN:
- Membentuk pelajar yang berpengetahuan tentang warisan sejarah, berbangga dengan jati diri negara, serta memiliki kesedaran terhadap pentingnya mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air.
AKTIVITI:
- Meningkatkan kemahiran pelajar dalam kemahiran asas bahasa: mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Membantu pelajar berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi harian dan akademik.
- Membangunkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif melalui pelbagai bahan bacaan dan tugasan.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : WEBINAR KEUSAHAWANAN (PERANCANGAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN)

TUJUAN:
- Perancangan perniagaan bertujuan untuk menentukan hala tuju dan matlamat yang jelas bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan fokus. Selain itu, Ia membantu dalam merangka strategi yang tepat bagi mencapai objektif perniagaan secara sistematik. Pengurusan kewangan dilakukan untuk memastikan sumber kewangan digunakan dengan cekap dan berkesan.
AKTIVITI:
Kelas secara dalam talian tentang:
- Penyediaan Pelan Perniagaan
- Penyusunan Anggaran Kewangan
- Pengurusan Aliran Tunai
- Analisis Kewangan
- Pelaporan dan Penilaian Berkala
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : LIVE CLASS DILEA SUBJEK BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4 2025

TUJUAN:
- Tujuan kelas Bahasa Inggeris Tingkatan 4 adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris secara menyeluruh. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat memperluas kosa kata, memahami struktur ayat yang betul, dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi harian serta akademik.
AKTIVITI:
- Peserta mendapat bimbingan daripada Guru tentang tips dan cara membuat dan menulis email.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER BERTEMAKAN “SIBER BULI”

TUJUAN:
- Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang kesan negatif siber buli serta kepentingan melawan dan mencegahnya. Selain itu, Untuk mendidik peserta dan masyarakat mengenai jenis-jenis siber buli serta cara-cara menghadapinya secara positif dan berkesan.
AKTIVITI:
- Sesi Kreatif Mencipta Poster: Peserta melukis atau mereka poster berdasarkan tema “Siber Buli” menggunakan aplikasi CANVA.
- Poster yang siap dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : WEBINAR KESELAMATAN SIBER (ANCAMAN SIBER DALAM ESPORTS)

TUJUAN:
- Memberi pendedahan kepada komuniti e-sukan tentang risiko dan ancaman siber yang boleh menjejaskan pemain, pasukan, penonton dan platform permainan. Selain itu, Membantu pemain dan organisasi e-sukan memahami langkah-langkah keselamatan asas yang boleh diambil untuk melindungi data, privasi dan integriti permainan.
AKTIVITI:
- Moderator memulakan sesi dengan ucapan pembukaan dan memperkenalkan penceramah jemputan.
- Penceramah menyampaikan topik berkaitan ancaman siber dalam esports, termasuk kes-kes sebenar, statistik, dan langkah pencegahan.
- Peserta diberi ruang untuk mengemukakan soalan secara langsung atau melalui ruangan chat.
- Moderator merumuskan isi penting webinar dan berkongsi bahan pembelajaran. Borang maklum balas diberikan.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : DILEA PROGRAM KHAS BAHASA INGGERIS BERSAMA CIKGU NURLINA OON

TUJUAN:
- Bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata (vocabulary) dalam kalangan peserta melalui kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.Memperkenalkan pembelajaran berasaskan tema (thematic learning) bagi mengaitkan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan situasi kehidupan sebenar.Memantapkan pemahaman tatabahasa (grammar) asas dan lanjutan supaya peserta dapat membina ayat yang betul dan bermakna.
AKTIVITI:
- Penerangan ringkas mengenai aspek tatabahasa seperti tenses, adjectives, prepositions dan sebagainya.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : NADI MAHIR MASAK KELAS 9

TUJUAN:
- Ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada seni kulinari dan kemahiran asas memasak. Program ini juga direka khas untuk pelbagai peringkat umur, dari pemula hingga mereka yang ingin memperbaiki kemahiran sedia ada.
AKTIVITI:
- Kelas mahir masak minggu ini adalah gabungan Kelas 1 dan Kelas 2 dimana topik pada hari ini adalah cara membuat Popia Big Mac viral secara atas talian melalui aplikasi Google Meet.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : WEBINAR CYBERSECURITY: TAKLIMAT PENGANTUNAN SIBER

TUJUAN:
- Pengantunan Siber yang menyentuh mengenai ancaman dan jenayah siber, disamping memberi pendedahan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian dalam talian yang boleh mengundang pelbagai risiko jenayah siber.
AKTIVITI:
- Diberi pendedahan mengenai pengantunan siber secara atas talian.
- Menjawab kuiz pendek dari moderator.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : NADI MAHIR MASAK KELAS 9 (PEMBUATAN SHELL TART)

TUJUAN:
- Ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada seni kulinari dan kemahiran asas memasak. Program ini juga direka khas untuk pelbagai peringkat umur, dari pemula hingga mereka yang ingin memperbaiki kemahiran sedia ada.
AKTIVITI:
- Fasilitator menunjukkan cara-cara membentuk doh tart, membakar dengan suhu yang tepat, serta menyediakan kastard sehingga mencapai tekstur sempurna.
- Program diakhiri dengan sesi rasa dan perbincangan santai tentang variasi resipi. Peserta berkongsi tips seperti menggantikan kastard dengan krim keju, coklat, atau topping jeli.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : BAZAAR RAYA NADI 2025

TUJUAN:
- Tujuannya adalah untuk menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri Bazaar Raya dianjurkan bagi menghidupkan semangat perayaan dan tradisi komuniti menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah dan harmoni. Selain itu , Dapat membantu peniaga kecil, usahawan belia dan suri rumah mempromosikan serta menjual produk seperti pakaian raya, makanan tradisional, kuih-muih, aksesori dan sebagainya. Akhir sekali, Bazaar menjadi medan pertemuan antara ahli masyarakat pelbagai latar belakang untuk berinteraksi, berkenalan dan mengeratkan silaturahim.
AKTIVITI:
- Gerai Jualan Usahawan
- Photobooth Raya
- Ceramah dari fasilitator tentang perkhidmatan pintar di NADI
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : DILEA PROGRAM KHAS (WEBINAR BERKALA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4&5)

TUJUAN:
- Tujuan webinar berkala bahasa melayu adalah untuk Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu pelajar. Sesuai untuk pelajar Tingkatan 4 & 5, webinar ini akan membantu anda menguasai tatabahasa, pemahaman, dan rumusan dengan lebih baik.
AKTIVITI:
- Sesi Ceramah / Perkongsian Ilmu – Perkongsian oleh pensyarah Bahasa Melayu secara dalam talian.
- Sesi Bicara Bahasa / Wacana Santai -Diskusi dua hala antara penceramah dan peserta
- Kuiz Interaktif Bahasa– Kuiz tatabahasa, simpulan bahasa, peribahasa, ejaan atau kosa kata
LAPORAN AKTIVITI MAC 2025 : NADI MAHIR MASAK KELAS 9 (CARA PEMBUATAN PIE QUICHE)

TUJUAN:
- Ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada seni kulinari dan kemahiran asas memasak. Program ini juga direka khas untuk pelbagai peringkat umur, dari pemula hingga mereka yang ingin memperbaiki kemahiran sedia ada.
AKTIVITI:
- Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada pai quiche, termasuk asal-usul dan variasinya.
- Para peserta diberikan panduan langkah demi langkah dalam penyediaan pai quiche, dari membuat doh pastri hingga menyediakan inti.
- Demonstrasi teknik penting bagi memastikan tekstur dan rasa yang sempurna turut dilakukan.
- Peserta diberi peluang untuk memasak sendiri secara praktikal bagi mengasah kemahiran mereka.
- Sesi diakhiri dengan sesi merasa hasil masakan yang telah disediakan oleh para peserta.