NADI Batu Kawah

 Maklumat AM

Latitude, Longitude: 1.5131389, 110.305417

Alamat: DG106 BATU KAWAH NEW TOWNSHIP, JALAN BATU KAWA, 93250, KUCHING, SARAWAK.

Parlimen: P.196 – STAMPIN

DUN: N.14 – BATU KAWAH

Batu Kawah adalah sebuah kawasan pinggir bandar yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Bulatan Batu 3 di Bahagian Kuching, Negeri Sarawak di Malaysia. Mukim ini adalah pentadbiran di bawah Majlis Perbandaran Padawan. Lebuhraya Pan Borneo yang melalui kawasan ini menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Bau, Lundu dan Sematan sehingga ke barat. 

Terdapat 12 daerah kecil di dalam kawasan Batu Kawa: Batu Kawa, Stapok, Sin San Tu, Moyan, Kim Choo Sing, Luo Zhi Gan, Xia Sha Long, Sungai Tapang, Rantau Panjang, Sejijak, Sungai Tengah,  dan Pangkalan Baru. 

SEJARAH

Batu Kawah sebuah mukim merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching bagi negeri Sarawak. Asal nama Batu Kawah dikatakan berawal dari batuan yang terdapat di tepian Sungai Batu Kawah yang berbentuk seperti kawah. Batu Kawah sering dieja dengan ejaan Batu Kawa yang merupakan ejaan yang salah yang mana kawa tidak mempunyai sebarang maksud dalam Bahasa Melayu.