Kisah kejayaan Supiah binti Hamzah menunjukkan bagaimana inisiatif kerajaan yang disalurkan melalui NADI benar-benar memberi manfaat kepada komuniti. Sebagai warga emas yang aktif mendapatkan maklumat, Supiah sentiasa hadir ke NADI untuk memahami skim seperti SKAS, STAR 2026, Kenyalang Gold Card (KGC) dan Senior Citizen Health Benefit (SCHB). Dengan bimbingan staf NADI, beliau dapat membuat semakan kelayakan, mendapatkan penerangan serta mengurus permohonan dengan lebih mudah. Inisiatif ini membuktikan bahawa sokongan kerajaan sampai kepada mereka yang memerlukan melalui peranan NADI sebagai pusat rujukan komuniti. ✨ #InisiatifKerajaan #nadibatukawah