NADI Batu Kawah

NADIPRENEUR EMPOWERHER 2026: PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI

Program NADIPRENEUR EMPOWERHER 2026 merupakan inisiatif untuk mengenal pasti dan membangunkan usahawan NADI yang berpotensi menjadi ikon dalam komuniti.

Program ini merangkumi empat komponen utama iaitu Perancangan Perniagaan, Perancangan Kewangan, Pemasaran dan Operasi Perniagaan.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun yang merupakan ahli NADI serta sedang menjalankan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan.

Peserta juga perlu menunjukkan komitmen tinggi untuk menghadiri semua sesi yang telah dirancang.

📲 Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau hadir terus ke NADI Batu Kawah.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi 011-62635286.