NADI Batu Kawah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Guidance Tuition Fasa Pertama bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk sesi tahun 2026 kini telah dibuka.

1. Tarikh Tutup Pendaftaran

Pendaftaran ini akan ditutup pada 21 Disember 2025 (Ahad) .

2. Keperluan Penyertaan

– Seorang (1) peserta daripada pelajar Tingkatan 4 (Sesi 2026).
– Seorang (1) peserta daripada pelajar Tingkatan 5 (Sesi 2026).

Penyertaan lebih daripada bilangan minimum yang ditetapkan adalah amat dialu-alukan memandangkan tiada had maksimum penyertaan yang dikenakan.

3. Manfaat Program Guidance Tuition

Para pelajar yang menyertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut:

– Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
– Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
– Penyampaian anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar.
– Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
– Pengagihan kepada kumpulan pembelajaran yang strategik bersama guru berpengalaman.